Telefon : 017-6735229

Khamis, 13 Oktober 2011

Sk Berisu di Taman Lokan

Selepas warga SK Ramuan China Besar, Sk Berisu pula datang membuat Lawatan Sambil Belajar ke Taman Lokan. Ke dua - dua sekolah ini merupakan bekas majikan Pak Zainal ketika bekerja sebagai pekerja am dan jaga sekolah. 
Seperti pepatah lama "kehidupan nelayan ini adakalanya rezeki bergantung pada nasib."  Beginilah yang berlaku  apabila berkunjung ke Taman Lokan. Kebetulan pada hari ini, Pak Zainal murah rezeki dengan tangkapan udang kertas dan udang galah. Murid - murid dan guru - guru Sk. Berisu merasa keenakan udang tersebut.
Pada kali ini seramai 28 orang murid dan 7 orang guru serta rakan Pak Zainal, Pakcik Taha ( tukang kebun Sk. Berisu ), yang terlibat dalam Lawatan Sambil Belajar ini.  





Rombongan ini tiba di jalan masuk Taman Lokan kira - kira pukul 11 pagi dan perjalanan masuk ke Taman Lokan adalah kira - kira 3 km.  Pak Zainal yakin bahawa jalan darat boleh digunakan oleh kenderaan persendirian melainkan :-
               kerete yang rendah - kebarangkalian untuk tersangkut di bahu jalan adalah tinggi.
               musim hujan -           jalan lecak dan kenderaan akan kotor dan tayar mudah jejak dan kelicinan 
                                               perjalanan akan terganggu.
Tetapi, apalah namanya kembara ke kawasan perhutanan jika tidak menempuh rintangan yang ada. Itulah namanya kehidupan - penuh dengan ranjau dan kejayaan adalah di penghujungnya bagi sesiapa yang dapat menempuhinya dengan sikap positif. 

Jauh menung..nak tengok Sang Bedal?  Patutle Si Bedal timbul. 

Dah pueh main lumpur ko? Sampai taknak naik - naik. Dapek lokan tak?

Pandai ko caghik lokan jang? Poning lokan atuk kang


Wah! Sampai mongah bakar udang taj abih - abih. Joki orang.. apo nak dikatokan..




Pakai coghomin mato itam tu,.. nampak tak udang tu?

Menandatangan buku lawatan. Konangan anak cucu. " dulu atuk dah poi kek sini."


SK Berisu BOLEH!!  Sodap sampai tak teragak nak balik.

Terima kasih daun keladi, kalau boleh datang lagi.

 

Poi selamat, balik pun selamat. Alhamdulillah..
           

0 comments: