Telefon : 017-6735229

Rabu, 2 November 2011

Khidmat Masyarakat Desa Tercinta






Pada  28  Okt 2011 seramai 5 orang pelajar UITM  Puncak Alam Shah Alam Selangor Darul Ehsan datang berjumpa dengan Pak Zainal untuk berbincang program Operasi Khidmat Masyarakat Desa Tercinta yang bakal dijalankan pada tahun 2012 di Kg Paya Lebar Ramuan China  Besar Masjid Tanah  Melaka.  
Perbincangan  dibuat di pejabat  YB  dun  Air  Limau  dan di  pengerusikan oleh Encik Syed Fauzi,  Cikgu Khusyairi ( SK RCB ) dan bersama Pak Zainal. Perbincangan  ini bertujuan menetapkan aktiviti dan tarikh.  Jika tiada halangan, program ini akan dijalankan pada 20 hingga 22 hb Januari 2012. Perjalanan aturcara program  yang telah disusun rapi ini diharapkan akan dapat dilaksanakan dengan jayanya. InsyaAllah.

0 comments: