Pada 21 January 2013, Pak Zainai bersama dengan ketua -ketua jabatan Galeri Kota Melaka , Jabatan Muzium Malaysia Zon Selatan Bahagian Promosi Pelancongan Rumah Media Melaka. Penolong Pegawai Daerah Alor Gajah Tok Penghulu Pengerusi JKK Paya Lebar serta Pak Cik Mohamad / Tamam Bin Jantan telah pergi membuat lawatan dan kajian ke Kota Simpang Sungai Linggi Melaka.
Untuk makluman semua, Kota Simpang ini adalah peninggalan sejarah dari Zaman Belanda datang ke Melaka pada zaman dahulu. Professor Madya Dato' Ismail Husin, pensyarah UKM telah menjadi pelopor kewujudan Kota Simpang ini sejak 2005. Namun demikian, ianya terhenti kerana peninggalan ini tidak ditemui dan kewangan Malaysia yang kurang stabil.. Pada akhir 2012, akibat daripada pembangunan di kawasan sekitar, peninggalan Kota Simpang mula ditemui.
Kesan-kesan peninggalan sejarah seperti tembok dan tiang bangunan masih ada di kawasan berkenaan dan dengan adanya lawatan dan kajian yang dibuat oleh kumpulan ini mudah-mudahan Kota Simpang ini akan dapat dijadikan untuk bahan sejarah serta menjadikan tarikan pelancong dalam dan luar negara. Disamping para - pelancong dapat menikmati keindahan di persekittaran sungai Rembau dan Linggi.
Ahad, 27 Januari 2013
Khamis, 3 Januari 2013
Pemuliharaan Tuntung
Selamat menyambut tahun 2013.
Pak Zainal telah bekerjasama dengan nelayan - nelayan untuk membantu En. Richard mencari kewujudan tuntung sungai. Mengikut pengalaman Pak Zainal, rasanya, hampir 200 ekor tuntung jantan dan bertina berbagai saiz terdapat dalam sungai rembau – linggi hinggalah ke Sungai Ramuan China. Termasuklah tuntung yang datang ke Taman Lokan.
En Richard juga berpeluang melihat spesis ular yg berada di
sekitar sungai. Diharapkan dengan adanya kerjasama ini akan membantu meningkatkan kewujudan tuntung dan hidupan lain hendaknya.
Semoga insan - insan yang mengalami kesusahan dan dugaan waktu ini diberikan kekuatan dan kesenangan untuk mengharunginya.
Telah berapa lama menyepi. Teknologi moden memang sukar dijangka. Modem anak Pak Zainal mempunyai masalah.
Pada sep 2012 yang lalu, Pak Zainal dapat peluang bersama kumpulan
pencinta alam, WWF iaitu En Richad untuk
program menyelamat hidupan spesis tuntung sungai. Pak Zainal telah bekerjasama dengan nelayan - nelayan untuk membantu En. Richard mencari kewujudan tuntung sungai. Mengikut pengalaman Pak Zainal, rasanya, hampir 200 ekor tuntung jantan dan bertina berbagai saiz terdapat dalam sungai rembau – linggi hinggalah ke Sungai Ramuan China. Termasuklah tuntung yang datang ke Taman Lokan.
Langgan:
Catatan (Atom)
-
Udang ini selalu berpecah semasa musim banjir / keruh…. Ia akan berkumpul apabila kemasinan air tinggi – air mati 5 ke 8 haribula...
-
Pak Zainal terserempak dengan ular ini semasa sedang menjala... apa lagi... Pak Zainal tangkap gambar ular ini... menambahkan lagi koleksi...
-
Seperti yang dilihat dalam gambar, siput sedut ini banyak terdapat di kawasan sungai Rembau-Linggi ini. Lokasinya berhampiran dengan habit...