Telefon : 017-6735229

Ahad, 27 Januari 2013

Kota Simpang

               Pada  21  January  2013,  Pak  Zainai  bersama  dengan  ketua -ketua jabatan Galeri  Kota Melaka  ,  Jabatan  Muzium  Malaysia  Zon  Selatan  Bahagian  Promosi  Pelancongan  Rumah  Media  Melaka. Penolong   Pegawai   Daerah  Alor  Gajah  Tok  Penghulu  Pengerusi   JKK   Paya  Lebar  serta   Pak  Cik   Mohamad /  Tamam  Bin  Jantan  telah  pergi  membuat   lawatan  dan  kajian  ke  Kota  Simpang  Sungai  Linggi  Melaka.
              Untuk  makluman semua,  Kota  Simpang  ini  adalah  peninggalan  sejarah  dari  Zaman  Belanda  datang  ke  Melaka  pada  zaman  dahulu.  Professor Madya Dato' Ismail Husin, pensyarah UKM telah menjadi pelopor kewujudan Kota Simpang ini sejak 2005. Namun demikian, ianya terhenti kerana peninggalan ini tidak ditemui dan kewangan Malaysia yang kurang stabil..  Pada akhir 2012,  akibat daripada pembangunan di kawasan sekitar, peninggalan Kota Simpang mula ditemui.


               Kesan-kesan  peninggalan  sejarah  seperti   tembok  dan  tiang bangunan  masih  ada  di  kawasan  berkenaan  dan dengan  adanya   lawatan  dan  kajian  yang  dibuat  oleh  kumpulan  ini  mudah-mudahan   Kota  Simpang   ini  akan  dapat  dijadikan  untuk   bahan  sejarah  serta   menjadikan   tarikan  pelancong  dalam  dan  luar  negara. Disamping  para - pelancong  dapat  menikmati  keindahan  di  persekittaran  sungai  Rembau  dan  Linggi.


      


         

0 comments: