- Pada 7 Jun 2013, keluaran akhbar Melaka Hari Ini bersama dengan ahli Parlimen Masjid Tanah mempromosikan produk pelancongan baru mengenai Kota Simpang. Turut serta beberapa wartawan dari Berita Harian, Sinar Harian, Utusan Malaysia. Harian Metro, TV Melaka dan Melaka Hari Ini: serta pegawai Warisan Pusat dan beberapa orang nelayan tempatan.
- Pada 9 Jun 2013, keluaran akhbar Melaka Hari Ini mengenai keunikan udang galah dan lokan di persekitaran Kota Simpang.
- Pada 15 Jun 2013, keluaran akhbar Harian Metro mengenai lubuk udang di persekitaran Kota Simpang.
- Pada 21 Jun 2013, program pelepasan umum anak udang galah di jeti nelayan Paya Lebar dirasmikan oleh YB Parlimen Masjid Tanah, YB Dun Ayer Limau, pengarah Jabatan Perikanan Negeri Melaka berserta dengan pegawai-pegawainya dan para nelayan. Di samping itu Pak Zainal dapat juga mempamerkan hasil tangkapannya. Program berjalan dengan lancar.
- Buat masa ini, persekitaran bangunan bersejarah Kota Simpang telah bersih dan nampak keunikannya apabila dibersihkan oleh Pak Zainal bersama dengan Jabatan Warisan Melaka dan Pusat. Jabatan Warisan akan cuba mencari gali sekiranya ada barang-barang peninggalan sejarah untuk dijadikan barang bukti. Pak Zainal harap bagi pihak Jabatan Warisan dan Muzium dapat menyegerakan program memajukan kawasan Kota Simpang dengan secepat mungkin kerana ia berpotensi untuk tarikan para pelancong dari luar dan dalam negeri: serta para pengkaji sejarah dari dalam dan luar negara. Pak Zainal juga memberi ruang atau berkerjasama degan para pelajar dari institut pengajian tinggi sekiranya ingin menjadikan Kota Simpang ini sebagai bahan rujukan. Sila hubungi 017-6735229 ataupun 014-2382598 dan boleh menghubungi Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Masjid Tanah.
Sabtu, 29 Jun 2013
Keratan akhbar untuk bulan Mei dan Jun 2013
Sepanjang bulan Mei dan Jun 2013, Pak Zainal telah membuat beberapa program iaitu:-
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
Udang ini selalu berpecah semasa musim banjir / keruh…. Ia akan berkumpul apabila kemasinan air tinggi – air mati 5 ke 8 haribula...
-
Pak Zainal terserempak dengan ular ini semasa sedang menjala... apa lagi... Pak Zainal tangkap gambar ular ini... menambahkan lagi koleksi...
-
Seperti yang dilihat dalam gambar, siput sedut ini banyak terdapat di kawasan sungai Rembau-Linggi ini. Lokasinya berhampiran dengan habit...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan