Alor Gajah: Bangkai seekor buaya tembaga dipercayai berusia hampir
100 tahun digelar ‘Pengawal Pintu Sempadan Sungai’ ditemui terdampar di
tebing sungai Kuala Linggi di Kota Simpang, Lubok Cina, dekat sini,
kelmarin.
Difahamkan, buaya tembaga dengan ukur lilit hampir tiga meter dan
berat tiga tan itu digelar pengawal pintu sempadan Negeri Sembilan -
Melaka berikutan sering menonjolkan diri setiap kali nelayan turun ke
sungai untuk menjaring udang galah dan ikan.
Kejadian disedari seorang nelayan sungai Zainal Md Ali, 63, kira-kira
jam 9.30 pagi ketika menjaring udang selepas terhidu bau busuk dari
tebing sungai sebelum menemui bangkai buaya tembaga sepanjang tujuh
meter.
Menurut Zainal, dia terpandang reptilia terbabit dipenuhi
lumpur lalu mendekatinya sebelum menyedari ia tidak bergerak dan
dipercayai mati tiga hari lalu dalam keadaan dihurung lalat selain
tubuhnya dicarik biawak.
“Kepala buaya berkenaan menghala ke tebing sungai dan saya lihat seluruh
badannya dipenuhi lumpur dipercayai tidak berupaya bergerak kerana
sudah tua.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
Udang ini selalu berpecah semasa musim banjir / keruh…. Ia akan berkumpul apabila kemasinan air tinggi – air mati 5 ke 8 haribula...
-
Pak Zainal terserempak dengan ular ini semasa sedang menjala... apa lagi... Pak Zainal tangkap gambar ular ini... menambahkan lagi koleksi...
-
Seperti yang dilihat dalam gambar, siput sedut ini banyak terdapat di kawasan sungai Rembau-Linggi ini. Lokasinya berhampiran dengan habit...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan