Telefon : 017-6735229

Jumaat, 30 Mei 2014

Taman Lokan Mendapat Perhatian

Pada hari Rabu, 28 Mei 2014, Taman Lokan Pak Zainal menerima kunjungan dari Puan Lim Swee Kiang bersama pihak dari Tourism Melaka. Selain itu juga, terdapat satu sesi rakaman  oleh RTM telah dilakukan dan akan disiarkan dalam rancangan XPRESI KEMBARA yang akan ke udara pada setiap hari sabtu, 12.00 tengah hari di TV1. Rancangan tersebut merupakan rancangan travel muzik di TV1, menampilkan indie band tempatan sebagai hos di sekitar tempat tempat menarik seluruh negara. Pada episode kali ini mereka membawa kumpulan Grey Sky Morning ke sekitar Melaka termasuk ke Taman Lokan Pak Zainal serta melawat ke Kota Simpang. Sekali lagi Taman Lokan Pak Zainal diberi peluang oleh pihak RTM untuk menjadi lokasi pengambaran justeru dapat menarik lagi pelancong untuk datang ke Taman Lokan Pak Zainal.

Krew dari XPRESI KEMBARA bersama artis jemputan tiba ke Taman Lokan

Pihak dari Tourism Melaka tiba menaiki bot
yang telah disediakan oleh nelayan dikampung Paya Lebar

Pak Zainal membelah buah nipah 

Artis jemputan merasa sendiri pengalaman
mencari lokan sambil dibantu oleh Pak Zainal

Di sebalik tabir pengambaran

Aktiviti memanggang ikan, udang serta lokan

Suasana sepanjang pengambaran

Pak Zainal berbincang bersama pihak Tourism Melaka,
Puan Lim Swee Kiang

Bergambar bersama ahli kumpulan Grey Sky Morning

Pihak dari Tourism Melaka

Pengambaran di Kota Simpang

Sepanjang pengambaran di Kota Simpang

Pak Zainal menyediakan unggun api untuk menghalau nyamuk

0 comments: