Seramai lebih kurang 20 orang tetamu daripada anggota keluarga jabatan kerajaan Alor Gajah dan Melaka telah datang ke Taman Lokan pada Sabtu (26.12.2014) yang lepas.
Pak Zainal berbangga kerana imam muda wakil negeri Melaka sudi datang melawat ke Taman Lokan bersama keluarganya.
Walaupun ketika itu, air pasang dalam, Pak Zainal dapat juga menunjukkan lokan yang ada di dalam kolam ternakan lokan di situ.
Mereka juga dapat melihat dan merasakan keindahan persekitaran sungai Rembau-Linggi.
Pak Zainal memberi cadangan supaya pengunjung yang ingin merasa masakan hasil sungai membuat tempahan awal. Harga adalah mengikut jenis hasil sungai dan juga masakan yang ingin ditempah ( ianya boleh dirunding. ) Selalunya harga yang tinggi adalah menu yang berasaskan udang galah. Purata harga udang galah mentah adalah di antara RM 50 hingga RM 60 sekilogram.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
Udang ini selalu berpecah semasa musim banjir / keruh…. Ia akan berkumpul apabila kemasinan air tinggi – air mati 5 ke 8 haribula...
-
Pak Zainal terserempak dengan ular ini semasa sedang menjala... apa lagi... Pak Zainal tangkap gambar ular ini... menambahkan lagi koleksi...
-
Seperti yang dilihat dalam gambar, siput sedut ini banyak terdapat di kawasan sungai Rembau-Linggi ini. Lokasinya berhampiran dengan habit...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan