Telefon : 017-6735229

Khamis, 5 Mac 2015

Ekspedisi Pelajar Kolej Universiti Islam Melaka(KUIM) ke Taman Lokan

Pada 28 Februari yang lepas,Taman Lokan dikunjungi lagi oleh pelajar-pelajar dari Kolej Universiti Islam Melaka(KUIM) seramai 50 orang untuk menikmati keindahan Taman Lokan.Ianya bermula dari pengkalan Paya Lebar Hilir hinggalah ke Taman Lokan.
pelajar-pelajar di taman lokan    



Antara aktiviti mereka ialah mengambil gambar di sekitar sungai ketika perjalanan mereka ke Taman Lokan.Sampai sahaja,pelajar-pelajar ini kemudiannya merasai mengambil Lokan sendiri di sungai.Sementelah itu mereka diberikan kumpulan-kumpulan untuk aktiviti memasak.Dalam masa yang sama,Pak Zainal mengalunkan seruling dan membuat pelajar ini teruja untuk mendengarnya.
aktiviti memasak

Sebagai penutup,Ahli Parlimen Masjid Tanah,YB Mas Ermieyati turut hadir di balairaya untuk memberi sepatah dua kata.Semoga sepanjang ekspedisi ke Taman Lokan ini menjadi kenangan manis buat mereka.
Ahli Parlimen Masjid Tanah(bertudung pink)

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah terima kasih diucapkan kepada semua terlibat. Terima kasih Pc Zainal :)!! Hashtag Lokan is the best