Telefon : 017-6735229

Isnin, 12 Oktober 2015

Apa Khabar Semua?

Lebih kurang 4 bulan blog ini menyepi, Pak Zainal masih lagi sibuk dengan aktiviti biasa di Taman Lokan. Antaranya ialah mengumpul bahan buangan seperti kayu yang hanyut untuk dijadikan tangga dan sebagainya.

Pokok tanaman Pak Zainal juga telah menampakkan perubahan.  Ada yang semakin subur namun ada juga yang telah menjadi makanan haiwan liar. Namun ianya tidak menjatuhkan semangat Pak Zainal untuk mencantikkan lagi kawasan Taman Lokan ini.

Macam biasa, Taman Lokan sering dikunjungi tetamu. Selaku tuan rumah, Pak Zainal cuba melayan tetamu dengan sebaik mungkin.

Perubahan cuaca dan juga jerebu yang sedang melanda negara sememangnya memberi kesan kepada Pak Zainal dan keluarga. Pak Zainal yakin keadaan yang sama juga dialami oleh pembaca. Batuk, selesema, sakit kepala, demam, ini semua adalah simptom biasa jerebu yang kita hadapi setiap tahun.
Malangnya, pada tahun ini, ia semakin teruk dan adalah lebih berpanjangan. Pak Zainal seperti juga para pembaca di luar sana, berdoa agar keadaan ini pulih dan individu yang terlibat secara langsung mahupun secara tidak langsung dengan permasalahan ini semakin peka dengan kesan tindakan mereka.




0 comments: