Telefon : 017-6735229

Rabu, 28 Disember 2016

Projek Penempatan Siri 5 : Khazanah Dari Tanah Bencah II - Taman Lokan Melaka

Projek Penempatan Siri 5 Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM ) Tahap Emas dari Badan Operasi Persatuan Belia G2 Felda Pemanis dan Quantum Training Centre telah berlangsung dari 21 - 25 Disember 2016. Ia membawa tajuk Khazanah Dari Tanah Bencah II dan diadakan di Taman Lokan di mana Pak Zainal telah menjadi Penilai Luaran mereka. Seramai 6 orang peserta untuk tahap Emas iaitu :-  Seramai 4 orang ARPRM Tahap Gangsa dari Terengganu...

Isnin, 19 September 2016

Aktiviti Hari Malaysia ~ 1

Pada 16hb September yang lepas, kami ( saya, 3 orang anak saya ), menyambut Hari Malaysia bersama Pak Zainal di Taman Lokan. Kali ini, kami bertolak daripada Pengkalan Nelayan Paya Lebar. Untuk pengetahuan para pembaca, terdapat 3 cara untuk ke Taman Lokan iaitu jalan darat terus ke Taman Lokan, dari Pengkalan Tebing Urut, dan dari Pengkalan Paya Lebar. Kami selalunya mengikut jalan darat dan Pengkalan Tebing Urut. Ini kerana saya terlalu memikirkan...

Selasa, 6 September 2016

Lintah bulan

3 minggu lepas, Pak Zainal dan cucu-cucu memenuhi jemputan kenduri kahwin anak Puan Normah, guru Besar Sekolah Kebangsaan Ramuan China Besar. Kemudian, kami singgah ke Muara Sg Linggi bersebelahan Balai Polis di sana.. Pak Zainal mengambil peluang itu untuk mencari lintah bulan laut. Lintah bulan laut ini dikatakan antara spesis gamat laut tetapi ianya khas untuk dibuat umpan pancing atau gawai. Pada mulanya, kami anak beranak geram kerana tidak...

Rabu, 31 Ogos 2016

MERDEKA!!!

Pak Zainal ingin mengucapkan selamat menyambut Merdeka. Pak Zainal juga bersemangat menghias Taman Lokan Dan Sekolah Kebangsaan Ramuan China Besar sempena Bulan Mendekaan ini. ...

Sabtu, 4 Jun 2016

program WAFA Wafdul Amin Sekolah Men Islam Al Amin Bestari D'merlimau

Assalamualaikum, Pada pukul 11 pagi tadi, majlis penutup Program WAFA Wafdul Amin telah dijalankan. Program ini merupakan Salah Satu perancangan pelajar- pelajar tingkatan 5 dan guru Sekolah Men Islam Al Amin Bestari D'merlimau Sejak 2015 Lagi.  Ianya diiringi oleh 4 orang guru dan salah seorangnya ialah cikgu Mohamad Azri Ariffin  Bin Osman. Manakala pelajar - pelajar adalah seramai  26 orang pelajar tingkatan 5 iaitu 13 orang...

Jumaat, 29 April 2016

Pelajar Universiti Malaya Ke Taman Lokan

Penanda Lawatan Para peserta Assalamulaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca sekalian. Taman Lokan Melaka telah menerima kunjungan daripada para pelajar dan pensyarah Sains Dan Pengurusan Alam Sekita(SPAS)  Universiti Malaya(UM) pada 15.April yang lalu dibawah program Jalinan Masyarakat yang berlangsung selama tiga hari di Kg. Paya Lebar, Melaka. Wakil daripada Taman Lokan, Encik Zainal, telah menyambut para pelajar dan pensyarah...

Jumaat, 25 Mac 2016

PRALAWATAN PELAJAR SAINS PENGURUSAN ALAM SEKITAR ,UNIVERSITI MALAYA

Seramai empat orang wakil pelajar tahun satu Sains Dan Pengurusan Alam Sekitar dari Universiti Malaya telah mengadakan pralawatan ke Kampung Paya Lebar untuk mengenalpasti kawasan sebelum mereka mengadakan program Jalinan Masyarakat di kampung ini. Beberapa aktiviti telah mereka lakukan sepanjang mereka di kampung ini dan akan mereka rancang untuk dimasukkan ke dalam tentatif program mereka pada hari lawatan sebenar mereka akan datang. Dibawah ini...

Jumaat, 20 November 2015

UITM PUNCAK ALAM dan KUIM - KUALA LINGGI

Seramai 38 orang pelajar UITM Puncak Alam menyertai program anak angkat di Kg Paya Lebar. Mereka yang terdiri daripada pelajar Dietitians dan nutritionists  telah membantu para belia kg Paya Lebar di dalam program gotong royong. Selain daripada itu, mereka telah berjaya menjalankan beberapa aktiviti menarik bagi memberikan pengetahuan, pendedahan dan nasihat dari segi pemakanan kepada semua yang hadir. Antara aktiviti ialah kotak misteri, kuiz, dan lain - lain lagi. Pada 8 November pula, sepasukan 38 pelajar KUIM telah menjalankan aktiviti...