Telefon : 017-6735229

Selasa, 17 Ogos 2010

Musim Udang





Udang sentiasa ada…. kecuali udang kertas (piai )yg banyak semasa kemasinan air sungai tinggi. Ianya ditangkap menggunakan jala dan pancing.

Semasa menjala para nelayan akan menggunakan umpan yang dibuat daripada hampas kelapa yang di masamkan terlebih dahulu. Umpan akan dicampurkan dengan lumpur @ tanah yang liat dan dikepalkan bulat-bulat.

Umpan akan dicampakkan di tempat yang ditandakan dengan pancang ( buluh panjang). Selepas 5 @ 10 minit, barulah nelayan menebarkan jala berhampiran dengan pancang tadi.

Selalunya di mana ada anak-anak buaya, di situ adanya udang kerana lazimnya anak-anak buaya itu mengumpulkan udang untuk sebagai makanan.

Para nelayan suka menangkap udang semasa air kecil ( selalunya pada 7hb dan 26hb Kalendar Islam ). Penangkapan pada hari ini melebihi tangkapan pada hari hari biasa. jika bernasib baik ianya boleh mencecah 3 ke 4 kilogram yang bernilai RM 100 ke atas bergantung kepada saiz udang yang ditangkap.


1 comments:

fazian.batrisyia berkata...

Bestnya dapat udang segar. Itulah kelebihan nelayan..pandai baca kalendar islam...tahu pasang surut dll hal laut/sungai...yg bukan semua orang mahir. Setiap manusia ada kelebihannya tersendiri...kalau tak ada nelayan kita susah nak makan makanan laut...teruskan usaha pak zainal. Sy ada tgk majalah 3 tempoh hari. Tahniah & syabas...