Telefon : 017-6735229

Khamis, 23 September 2010

Udang Bubuk / Udang langgai / udang sayur




Udang ini selalu berpecah semasa musim banjir / keruh…. Ia akan berkumpul apabila kemasinan air tinggi – air mati 5 ke 8 haribulan dan 25 – 28 hb setiap bulan. Pada aktu ini ia akan menjadi satu kumpulan besar sehingga 50-60 kilo…
Apabila ini berlaku, nelayan akan turun ramai-ramai seperti pesta. Seorang nelayan boleh menjala sekitar 5kg se atas. Pak Zainal juga pernah mendapat 10kilo ke atas.Adakalanya sekali tebar boleh mencecah setengah kilo. Saiz udang ini sebesar jari.



Biasanya udang ini akan susah didapati apabila air bertukar jernih. Kemungkinan besar ia menjadi makanan pemangsa.
Ia dijala menggunakan tali jala yang panjang kerana ia duduk dikawasan yang lebih dalam sehingga ke kedalaman 20 – 30 kaki. Ia juga banyak ditemui berhampiran Taman Lokan. Selalunya tiada tangkapan udang lain di kawasan kumpulan udang ini kerana kemungkinan dengan saiz yang banyak, udang lain takut untuk mencari makanan di situ.



Udang ini sesuai juga untuk dibuat umpan pancing…. Ada seorang pelanggan Pak Zainal – Hj Lias (kaki pancing) daripada Berisu suka menggunakan udang ini sebagai umpan. Beliau selalu mendapat ikan yang baik. Semalam beliau mendapat ikan kurau dan ikan siakap.


Udang ini yang dibuat sate raya ke - 5 tempohari.


1 comments:

Sharil Anuar berkata...

assalamualaikum pak zainal.saya baru berjinak2 dgn aktiviti menjala ni, beli jala aritu kat Lubok cina, boleh tak kalau saya nak ikut pak zainal pergi menjala sekali sekala,boleh la sy belajar serba sikit ilmu2 dan petua kalau nak menjala