Telefon : 017-6735229

Jumaat, 26 November 2010

22hb November 2010 (pagi dan malam)


Pada hari ini pihak TV3 telah dibawa ke Taman Lokan menggunakan jalan darat di Tebing Urut. Sampai di sana mereka menaiki sampan Abg Rahman Ahmad, seorang nelayan di sana. Penggambaran berkisar tentang kegiatan Pak Zainal di Taman Lokan.

Pak Zainal bangga kerana pihak TV3 telah sampai ke Taman Lokan. Namun,. terasa segan kerana Taman Lokan masih banyak kekurangannya dari segi prasarana. Apa yang ada itulah sahaja yang mampu Pak Zainal sediakan ( laksanakan ) dengan usia yang sudah lanjut di tambah pula dengan kekurangan dana. Itupun banyak kreativiti Pak Zainal menggunakan barang yang hanyut di sungai.

Pihak TV3 dapat melihat tempat pengumpulan lokan untuk dijadikan tarikan pelancong, benih induk, tempat membiak, dan stok jualan. Ini kerana untuk mencari lokan liar perlu mencari di beberapa lokasi yang berlainan. Ia mungkin tidak mencukupi. Apabila ada satu tempat pengumpulan, dapatlah menampung bilangan lokan yang diingini. Itupun perlu dihadkan pengambilannya.

0 comments: