Telefon : 017-6735229

Jumaat, 26 November 2010

22hb November 2010 (petang)



Pada sebelah petang, bot PD Travel and Tours tiba ke Taman Lokan. Pak Zainal, anak, dan cucu-cucu, wakil PD Travel and Tours serta krew TV3 sibuk membuat penggambaran :-


1. Menjala Udang Galah

Pak Zainal menunjukkan cara menjala udang galah menggunakan pancang dan umpan kelapa masam seperti yang telah ditulis di dalam blog sebelum ini.
Pada masa ini nelayan kurang turun ke sungai kerana waktu air yang kurang sesuai untuk memancing dan menangkap hasil sungai. Bilangan udang juga agak kurang pada waktu ini.

Alhamdulillah, semasa penggambaran ini dilakukan, seekor buaya menimbulkan dirinya di permukaan air tidak jauh dari Pak Zainal. Ini membuktikan kesahihan blog Pak Zainal mengenai buaya di sini.


2.
Bangau
Pihak TV3 juga dapat melihat bangau yang sedang mencari makan di tebing ( beting ) sungai.



3.
Sang Bedal ( Buaya )
Buaya juga seakan-akan mengetahui kedatangan pihak TV3 sehingga kami dapat melihat beberapa kali kelibat buaya di beberapa lokasi sepanjang penggambaran. Seekor buaya berwarna hitam sedang menjemurkan dirinya di Beting Simpang Linggi. Namun ia turun ke dalam air sebaik sahaja melihat bot kami sedang menghampiri kawasan tersebut.
Sememang nya manusia patut berhati-hati di dunia mereka kerana pada pandangan mata sesiapa yang kurang berpengalaman akan menganggap sebatang kayu di hujung sungai tidak bahaya, tetapi, sebatang kayu itu mungkin merupakan kelibat sang bedal.




4. Lokasi Lokan Liar

Pak Zainal sempat menunjukkan kepada pihak TV3 lokasi lokan liar yang selalu Pak Zainal kunjungi untuk mengutip anak-anak lokan bagi dikumpulkan di Taman Lokan. Sememangnya sukar untuk sampai ke lokasi tersebut kerana perlu berjalan ke dalam hutan bakau. Lumpurnya dalam dan jika kita tidak mengikat bot dengan betul, kemungkinan bot akan hanyut tanpa disedari amat tinggi.
Lokasi yang Pak ZAinal tunjukkan juga jauh daripada Taman Lokan dan berdekatan dengan kawasan Pengkalan Kempas.



5. Ular

Pada awalnya Pak Zainal berasa kecewa kerana kelibat ular yang selalunya mudah dilihat sepanjang perjalanan tidak kelihatan. Namun, Pak Zainal berjaya mengesan kedudukan ular hijau (daun ) di dua lokasi yang berlainan. Ianya berdekatan dengan Taman Lokan dan Jeti Tebing Urut. Dengan pengalaman yang luas, Pak Zainal berjaya mengesan ular tersebut dari jauh.



6. Kelip-kelip
Pada malamnya, Pak Zainal, wakil PD Travel and Tours dan krew TV3 melihat keindahan alam malam di Sungai Linngi-Rembau yang diterangi cahaya kelip-kelip. Ianya terletak di tengah-tengah antara Jeti Tebing Urut dan Taman Lokan. Seolah-olah pepohon sedang meraikan pesta cahaya ditemani dengan bunyian penghuni malam.

0 comments: