Sabtu, 20 November 2010
Karnival Agro Institut Skill-Tech Melaka 2010
Ini adalah antara gambar yang sempat Pak Zainal ambil ketika Karnival Agro yang dianjurkan oleh Institut Skill-Tech dan dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam.
Terdapat banyak gerai pameran bahan-bahan pertanian dan ternakan. Pak Zainal mendapat jemputan mempamerkan produk iaitu lokan.
Sambutan amat menggalakkan. Ada pengunjung yang mencuba makan lokan mentah bersama dengan potongan ataupun air perahan nenas. Mereka berpuas hati dengan gerai Pak Zainal. Terdapat pengunjung yang berasal dari Sabah mengatakan bahawa di sana mereka makan lokan mentah bersama air perahan limau. Ala-ala sushi,( telur ikan diperah limau)..
Pak Zainal gembira kerana satu lagi cara pemakanan lokan yang mudah untuk disediakan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
Udang ini selalu berpecah semasa musim banjir / keruh…. Ia akan berkumpul apabila kemasinan air tinggi – air mati 5 ke 8 haribula...
-
Pak Zainal terserempak dengan ular ini semasa sedang menjala... apa lagi... Pak Zainal tangkap gambar ular ini... menambahkan lagi koleksi...
-
Seperti yang dilihat dalam gambar, siput sedut ini banyak terdapat di kawasan sungai Rembau-Linggi ini. Lokasinya berhampiran dengan habit...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan