Telefon : 017-6735229

Khamis, 25 November 2010

Susah betul idea nak datang hari nie

Saya sebenarnya sudah seharian memikirkan bagaimana hendak saya paparkan cerita terbaru blog ini. Ianya terlalu panjang. dan semuanya penting.
Sambil mencari idea dan dihiburkan dengan radio Negeri FM online terasa jejari ini menari-nari mengikut alunan muzik.

Pak Zainal dan keluarga masih terpinga-pinga seolah-olah baru mengalami satu mimpi yang indah dan menakutkan di waktu yang sama. Saya rasa inilah yang terbaik untuk menggambarkan perasaan kami terutamanya saya ketika ini.

Semuanya bermula pada 19hb yang lalu. Pak Zainal terkejut apabila mendapat satu panggilan telefon daripada pihak TV3.
Mereka menyatakan Pak Zainal telah terpilih untuk Segmen Majalah 3 berdasarkan blog Lokan Melaka yang telah mereka layari sebelum ini.

Masyarakat keliling ( kampung ) pun tidak percaya kampung kami akan didatangi oleh TV3.

Pak Zainal bersyukur ke hadrat Ilahi kerana semuanya berjalan lancar sepanjang penggambaran dijalankan.
Pihak TV3 juga dapat melihat sendiri apa yang ditulis di dalam blog LokanMelaka semuanya benar.

0 comments: