Atas saranan Jabatan Perikanan Negeri Melaka, Pak Zainal telah memulakan langkah mengadakan mesyuarat penubuhan KPSP Kampung Paya Lebar pada 12hb Februari yang lepas. Ia telah dikendalikan oleh Pegawai Perikanan Alor Gajah dan seorang Pegawai Perikanan Putrajaya, En. Roslan Muhid, sebagai penasihat penubuhan KPSP. Pengerusinya ialah En. Zainuddin Bin Ahmad.
Semoga dengan penubuhan KPSP Kampung Paya Lebar ini akan dapat memberi nafas baru kepada penduduk Kampung Paya Lebar dan Taman Lokan.
Semoga Jabatan Perikanan dan agensi yang sepatutnya akan dapat membantu Pak Zainal merealisasikan Taman Lokan Berdaya Maju.
0 comments:
Catat Ulasan