Pada 16 Jun 2011 SK Ramuan China Besar telah mengadakan Majlis Sukan Tahunan Sekolah yang ke 27. Pada kali ini Datuk Cef Wan telah dijemput menjadi perasmi dan penutup majlis ini.
Murid-murid, guru-guru, ibubapa dan penduduk setempat gembira dengan kehadiran Datuk Cef Wan. Pak Zainal juga berbesar hati kerana Datuk Cef Wan sudi merasa masakan kampung yang dimasak oleh Puan Zaiton Suboh; terutamanya sambal udang dan rendang lokan. Cef Wan memuji hidangan yang disajikan. Memang sedap kerana bahan-bahannya baru ditangkap. Bangga kerana ianya dinyatakan oleh Chef nombor 1 di Malaysia dan terkenal di serata dunia.
Tukang masak bergambar dengan Datuk Cef Wan |
Puan guru besar |
Pak Zainal juga berbangga kerana Datuk menyatakan beliau akan cuba ketengahkan masakan menggunakan lokan. Alhamdulillah, Pak Zainal senang mendapat ruang dan rezeki dalam mengetengahkan lokan sebagai pemakanan umum. InsyaAllah.
0 comments:
Catat Ulasan