Pada 26 Mei yang lepas, Exco Pertanian Negeri Melaka, Pengarah LKIM dan pegawai perikanan negeri Melaka serta wakil suratkhabar Melaka Hari Ini datang melawat kawasan pengkalan nelayan Tebing Urut dan pengkalan nelayan Paya Lebar. Semasa lawatan beliau sempat menanyakan Pak Zainal tentang perkembangan Taman Lokan. Semasa pemberian sara hidup tunai di Persatuan Nelayan Melaka Barat, mereka juga dapat merasa keenakan udang galah Sungai Rembau – Linggi yang Pak Zainal baru tangkap.
Pak Zainal sempat memberi penerangan tentang habitat yang terdapat di sungai ; udang galah, udang kertas, lokan, barai dan siput. Pak Zainal ada juga memberi pandangan kepada pegawai perikanan supaya dapat membantu para nelayan dengan melepaskan benih – benih hidupan sungai yang hampir pupus terutamanya ketam nipah dan lokan serta lain-lain lagi. Ini bagi memastikan ianya dapat menampung permintaan yang semakin meningkat. Rata-rata pengguna makin ramai yang turun ke sungai untuk menangkap hasil sungai bagi keperluan harian dan sebagai hasil pendapatan sampingan.
0 comments:
Catat Ulasan