Telefon : 017-6735229

Ahad, 19 Januari 2014

Bercuti di KL

Pak Zainal ingin berkongsi pengalaman percutian Pak Zainal pada 6 – 9 Disember yang lepas. Sebelum ini, Pak Zainal dan isteri, anak-anak dan cucu – cucu Pak Zainal bercuti bersama. Namun, pada tahun ini, atas kekangan kerja dan kesihatan, isteri, anak kedua Pak Zainal, anak bungsu dan keluarganya tidak dapat bersama-sama kami.

 








Terlalu banyak tempat di Kuala Lumpur yang ingin cucu – cucu Pak Zainal lawati. Internet banyak membantu kami kali ini. Setelah membandingkan perbelanjaan, dan pengangkutan beberapa tempat, kami mengambil keputusan untuk ke Kidszania dan Berjaya Times Square sahaja.
Aspek penginapan memang berisiko. Ini kerana, penempahan hotel memerlukan kami memberikan nombor kad kredit. Penempahan dibuat setelah saya meminta pendapat rakan – rakan yang pernah menempah hotel secara online. Hotel One Stop Residence and Office menjadi pilihan kerana mempunyai kolam renang. Ia juga berdekatan dengan stesen LRT Chan Sow Lin. 
Kami menaiki bas daripada Melaka Sentral menuju ke Puduraya. Cucu-cucu Pak Zainal yang baru belajar menggunakan video call di facebook memang berasa seronok kerana bas tersebut mempunyai kemudahan wifi.
Hari pertama kami habiskan masa di kolam renang dan di Berjaya Times Square. Cucu-cucu Pak Zainal berebut-rebut membaca rajah pengangkutan awam yang diberikan oleh pihak hotel. Satu peringatan kepada semua, pilihlah pengangkutan yang sesuai dengan bajet anda. Kemudahan seperti google maps penting semasa merancang perjalanan. Itupun kami tersilap beberapa kali kerana tersilap perhentian yang sepatutnya.*Puduraya sepatutnya di perhentian Bandaraya dan bukannya di perhentian Pudu.
Pada anda yang ingin melihat video cucu Pak Zainal menjadi rodeo, silalah tonton video di youtube ini. 


1 comments:

Wan Saleh berkata...

KL memang banyak tempat menarik, macam Melaka juga.

Rasanya, boleh cuba tinggal di Alhana Inn (www.alhanainn.com) kalau ke sana lagi. Guesthouse ni mempunyai kemudahan macam hotel, ada kolam renang & taman permainan. Harganya pun murah,sebab ada buat promosi. Nak kemana-mana pun senang sebab lokasinya pun dekat sangat dengan stesen LRT.