Oleh kerana keletihan bermain di
Berjaya Times Square, kami keluar agak lewat. Itupun setelah makan satu buku roti
( toast) @ roti potong yang panjang. Ia disediakan oleh Azizan, cucu ke dua Pak
Zainal.
Sekiranya anda ingin membawa
anak-anak ke Kidszania sewaktu cuti, eloklah berada di sana awal. Ini kerana
dengan bilangan pengunjung yang ramai, menyukarkan kanak - kanak mencuba
pekerjaan yang mereka idam-idamkan. Cucu Pak Zainal tidak berkesempatan bekerja
di syarikat penerbangan disebabkan kelewatan kami - tiba di sana di dalam pukul 11 pagi, orang sudah ramai.
Namun begitu, mereka dapat merasa
pengalaman di kedai aiskrim, syarikat televisyen, bomba, hospital dan wall
climbing. Zahirah merajuk kerana tidak dapat memanjat dinding atas faktor ketinggian. Jika anda ingin melihat video Azizan ataupun Raudha di kawasan
wall climbing ini, klik pada gambar mereka.
Kami singgah di kedai 1 Malaysia
di perhentian Kelana Jaya dan membeli bahan makanan. ( roti panjang 2, mee
segera 1 bungkus besar, jem, kaya, dan makanan ringan ) Ini semua kerana ingin
mengurangkan bajet. Sampai di hotel, kami berehat seketika dan membawa
cucu-cucu berenang di kolam renang yang terdapat di tingkat 4.
Walaupun penat, mereka memang berpuas hati kerana dapat menimba pengetahuan yang baru dan juga yang paling penting sekali - sesuai dengan stamina mereka.
Walaupun penat, mereka memang berpuas hati kerana dapat menimba pengetahuan yang baru dan juga yang paling penting sekali - sesuai dengan stamina mereka.
0 comments:
Catat Ulasan