Telefon : 017-6735229

Ahad, 19 Januari 2014

Berkelah di Taman Lokan

Kami puas hati kerana walaupun telah beberapa kali percutian kami terpaksa ditunda, dapat juga kami menjayakan ke dua-dua program kami. Iaitu, bercuti di KL dan di Taman Lokan. 10hb Disember merupakan percutian kami yag terakhir pada 2013.

Kami menaiki kereta ke Pengkalan Tebing Urut dan menaiki sampan ke Taman Lokan.  Suara dan telatah cucu-cucu Pak Zainal telah memecah keheningan sungai.  Sudah lumrah alam, anak-anak kecil belum mengerti lagi menikmati suasana sungai yang begitu mendamaikan. Mereka asyik ingin berebut pendayung. Padahal, mereka bukannya membantu Pak Zainal, malah, mereka mendayung ke arah yang berlawanan dan semakin memperlahankan perjalanan.
Pak Zainal telah membawa kami melihat beberapa penambahbaikan Taman Lokan. Pak Zainal juga memberikan pendedahan kepada cucu-cucunya cara mencari lokan yang diternak di dalam kolam. Cucu-cucu Pak Zainal telah mengadakan pertandingan pencari lokan terbanyak. Sambil itu, mereka sempat menunjukkan skil mereka berenang di dalam kolam tersebut.


Pak Zainal membawa kami ke kawasan berhampiran untuk mencari buah nipah dan juga melihat lokan liar. Adalah amat sukar bagi kami untuk berjalan di kawasan lumpur yang mencecah ke paras lutut. Saya memang berasa bangga dan hormat terhadap Pak Zainal dan golongan nelayan. Bukan senang mereka ingin menyara keluarga.

0 comments: