Pak Zainal mulakan dengan kejutan baharu -
menjumpai buaya mati di perairan Sungai
Linggi Rembau berhampiran Kota Simpang. Ia berlaku apabila
Pak Zainal yang sedang menjala udang bersama seorang rakan nelayan, Pak Jais (
Pak Mamat Hasan ). Kami terbau bau bangkai yang kuat. Apabila kami mencari
punca bau tersebut, kami mendapati buaya yang mendiami kawasan tersebut mati berhampiran
tebing sungai.
Buaya yang mati itu di anggarkan
buaya yang tertua dikawasan Sungai Rembau Linggi ini ( hampir 100
tahun atau lebih)
Pak Zainal telah menghubongi Tok
Penghulu Dun Ayer Limau. Tok Penghulu telah menghubungi
para wartawan Metro, Sinar, Berita Harian, Pertahanan
Awam, pegawai Perhilitan dan juga doktor pakar dari Jabatan
Haiwan. Ahli Parlimen Masjid Tanah juga telah menyumbang sebahagian daripada
kos sewaan bot nelayan untuk para petugas. Orang ramai tidak dibenarkan
menghampiri kawasan ini semasa proses ini berlaku. Ini unuk mengelakkan kejadian
yang tidak diingini terutamanya sebelum mengetahui punca sebenar kematian buaya
tersebut. Pak Zainal andaikan mungkin kerana risaukan penyebaran penyakit dan
sebagainya.
Alhamdullilah semua program berjalan lancar.
Semuanya terlibat di dalam mengurus dan mengalihkan buaya itu untuk di
periksa oleh doktor pakar serta jabatan perhilitan dengan mengunakan bot nelayan dan bot JPA.
Menurut doktor pakar buaya itu mati kerana usia tua sehinggakan ia tidak berdaya untuk
bergerak. Selesai saja bedah
siasat, buaya itu ditanam dan pada keesokan harinya iaitu 28 Januari
2014, anggota dari TV3 iaitu Malaysia Hari Ini ( MHI) telah
berjumpa dengan Pak Zainal. Rentetan daripada itu, pada 30 hb MHI telah memberikan ulasan berita buaya tersebut.
Pak Zainal
bersyukur buaya itu telah ditanam. Sekurang kurangnya mengurangkan cerita yang
kurang enak mengenai kematian buaya itu. Lagipun, jika dibiarkan, ianya akan
mengeluarkan bau busuk hingga memudaratkan habitat di sungai. Haiwan pemangsa
juga akan berkumpul di kawasan tersebut untuk memakan bangkai buaya tersebut. Sehingga
menyusahkan para nelayan untuk melalui kawasan tersebut. Orang juga akan memulaukan
hasil tangkapan nelayan di sini kerana takut hidupan di sini memakan sisa –
sisa bangkai buaya tersebut.
Terima kasih tidak terhingga kepada semua pihak
yang terlibat. Semoga kerjasama ini akan dapat diteruskan lagi pada masa yang
akan datang.
* Untuk makluman semua, pada awalnya, Pak Zainal
yang menaip cerita ini sendiri. Oleh itu, terdapat beberapa ayat-ayat lama saya kekalkan. Maklumlah
orang lepasan sekolah era 50-an.
Gambar di bawah merupakan gambar pelancong – pelancong luar Negara yang ingin melihat lokasi buaya yang mati itu ditemui. Mereka dikatakan telah mendapat maklumat melalui internet dan televisyen TV3.
1 comments:
http://realitiabadi.blogspot.com/2014/01/buaya-tembaga-pengawal-pintu-mati.html
Catat Ulasan