Pada 10 April 2014, Pak Zainal berasa bertuah kerana dapat berjumpa dengan pengarah Kolej Komuniti Masjid Tanah, Tuan Haji Zupri Bin Yazid . Ekoran daripada lawatan ke Pulau Langkawi atas tajaan DUN Ayer Limau dan Parlimen Masjid Tanah, idea dari program lawatan Pak Zainal dapat bertukar-tukar pendapat dengan pensyarah, Encik Nizam dan Puan Akma untuk menjadikan Kolej Komuniti sebagai rakan atau keluarga angkat untuk memajukan Taman Lokan yang beliau usahakan. Atas perbincangan Pak Zainal dan Tuan Haji Zupri Bin Yazid, dia bersetuju meninjau dan mengintai peluang yang ada dalam Taman Lokan; dan projek-projek yang Pak Zainal usahakan. Tuan pengarah akan membawa delegasi yang dihadiri oleh pakar-pakar dari bidang yang tertentu. Insya Allah, mudah-mudahan program ini akan berjalan dengan lancar. Semoga membuahkan hasil dengan cemerlang untuk masa depan kolej, Taman Lokan, DUN Ayer Limau, Parlimen Masjid Tanah dan Melaka amnya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
Udang ini selalu berpecah semasa musim banjir / keruh…. Ia akan berkumpul apabila kemasinan air tinggi – air mati 5 ke 8 haribula...
-
Pak Zainal terserempak dengan ular ini semasa sedang menjala... apa lagi... Pak Zainal tangkap gambar ular ini... menambahkan lagi koleksi...
-
Seperti yang dilihat dalam gambar, siput sedut ini banyak terdapat di kawasan sungai Rembau-Linggi ini. Lokasinya berhampiran dengan habit...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan