Pada 13 Apr 2041 Kooperasi Kampung Paya Lebar dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia telah membuat program menanam pokok berembang di tebing sungai. Untuk makluman semua, pokok berembang merupakan kediaman kelip-kelip.
Pak Zainal sempat mempromosikan hidupan sungai seperti ketam udang, lokan dan barai. Azlinda, anak kedua Pak Zainal menunjukkan kepakarannya memasak ketam dan udang bagi tetamu VIP. Antara tetemu VIP yang hadir ialah YB AR Ismail, Dun Kuala Linggi. Dato Latipah, Dun Melekek, YB Mas Ermieyati Binti Samsudin dan lain-lain lagi.
Cucu Pak Zainal sempat mengambil video seekor ular air sedang memakan ikan. Sememangnya menjadi tarikan kepada kanak-kanak dan juga orang ramai yang tidak pernah melihat situasi tersebut. Pendedahan dan pengetahuan mengenai kelip - kelip oleh pihak universiti banyak memberikan info menarik kepada Pak Zainal dan penduduk kampung.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
Udang ini selalu berpecah semasa musim banjir / keruh…. Ia akan berkumpul apabila kemasinan air tinggi – air mati 5 ke 8 haribula...
-
Pak Zainal terserempak dengan ular ini semasa sedang menjala... apa lagi... Pak Zainal tangkap gambar ular ini... menambahkan lagi koleksi...
-
Seperti yang dilihat dalam gambar, siput sedut ini banyak terdapat di kawasan sungai Rembau-Linggi ini. Lokasinya berhampiran dengan habit...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan