Telefon : 017-6735229

Isnin, 29 Disember 2014

Penambahbaikan Taman Lokan

Pak Zainal masih di dalam proses menceriakan lagi Taman Lokan setelah selesai kerja - kerja menaik taraf Taman Lokan bulan lepas.

Alhamdulillah Pak Zainal mendapat pembiayaan dari Ahli Parlimen Masjid Tanah dan Majlis Daerah Alor Gajah setelah kertas kerja yang dimajukan oleh anak Pak Zainal. Setelah 5 tahun Pak Zainal dan keluarga mengeluarkan duit sendiri bagi memajukan hobi Pak Zainal dan Taman Lokan khususnya.

Pak Zainal telah memperolehi 2 tandas, 2 tempat istirehat, pembakar ikan dan perigi. Pak Zainal akan cuba memperbaiki lagi kekurangan yang perlu disediakan di Taman Lokan secara berperingkat. Contohnya, pam air, jeti, jalan darat dan keceriaan.




 
 
Hasil melayari blog ini, permintaan untuk membuat program seperti kursus dan lawatan sambil belajar oleh pelbagai institusi pengajian tinggi semakin banyak.  Kemungkinan besar, Pak Zainal dengan pertolongan Belia 4B Paya Lebar akan menerima kunjungan seawal Januari 2015.

Banjir 2014

Di sini, Pak Zainal dan keluarga ingin menzahirkan simpati kepada mangsa - mangsa banjir yang sedang melanda.

Semoga semua tabah dan sabar menghadapi dugaan. Sesungguhnya bak pepatah lama " Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul". 

Kepada semua, bantulah mereka selagi kita mampu.

LAWATAN PENUTUP TIRAI 2014

Seramai lebih kurang 20 orang tetamu daripada anggota keluarga jabatan kerajaan Alor Gajah dan Melaka telah datang ke Taman Lokan pada Sabtu (26.12.2014)  yang lepas.



Pak Zainal berbangga kerana imam muda wakil negeri Melaka sudi datang melawat ke Taman Lokan bersama keluarganya.

Walaupun ketika itu, air pasang dalam, Pak Zainal dapat juga menunjukkan lokan yang ada di dalam kolam ternakan lokan di situ.

Mereka juga dapat melihat dan merasakan keindahan persekitaran sungai Rembau-Linggi.

Pak Zainal memberi cadangan supaya pengunjung yang ingin merasa masakan hasil sungai membuat tempahan awal. Harga adalah mengikut jenis hasil sungai dan juga masakan yang ingin ditempah ( ianya boleh dirunding. )  Selalunya harga yang tinggi adalah menu yang berasaskan udang galah. Purata harga udang galah mentah adalah di antara RM 50 hingga RM 60 sekilogram.



Rabu, 19 November 2014

JEJAK USAHAWAN (Program akhir Tahun Pak Zainal Bulan 10-12)

BULAN 10

Bercuti bersama keluarga di AFamosa.








Lawatan Pengerusi Pertubuhan Ladang Negeri Melaka, Dato Abu Pit dan ketua-ketua Peladang Masjid Tanah ke Taman Lokan serta pelepasan benih udang di Taman Lokan.






BULAN 11

(26/11-30/11)- Program Anak Angkat, Sekolah Pondok, Negeri Selangor di Kampung Paya Lebar.

Dijangka BULAN 12

(15/12-18/12)- Pelajar dari Universiti Malaya seramai 60 ke atas membuat program anak angkat.


Sepanjang usaha titik peluh Pak Zainal ini, telah mendapat perhatian ramai pihak dalam dan luar dari negeri Melaka, ahli politik dan ahli perniagaan. baru-baru ini, Pak Zainal telah mendapat peruntukan di bawah Parlimen Masjid Tanah. Kemungkinan juga Pejabat Daerah Alor Gajah juga akan sama-sama menyumbang untuk membantu menaik taraf Taman Lokan milik beliau.

Pak Zainal bukan sahaja pakar dalam pengusahakan lokan, beliau juga mempunyai kepakaran dalam menangkap udang galah. Sebagai contoh, baru-baru ini beliau dapat membekalkan udang kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka. Alhamdulillah dengan berkat titik peluh beliau, dapat membuka ruang selain mengusahakan Taman Lokan milik beliau.

Sekiranya ada yang berminat untuk menempah udang galah ataupun lokan boleh menghubungi terus Pak Zainal. 



Hasil Penulisan;
Nor Hazwani bt Mohd Muslim


Ahad, 28 September 2014

Kursus Bubu Udang Galah Dan Ikan


       


 
               Kursus ini telah diadakan pada 22 hingga 24 Septembar 2014 di Balai Raya Lubuk China, Melaka. Ia merupakan anjuran Jabatan Perikanan Negeri Melaka.  Jurulatihnya merupakan wakil  Jabatan Perikanan Terengganu dan seramai 16 hingga 20 peserta yang terdiri daripada nelayan kawasan Lubuk China, Melaka.
       
               Disebabkan oleh masalah udang yang semakin berkurangan di sungai, kegunaan bubu ini tidak dapat ditunjukkan oleh jurulatih. Mudah-mudahan permasalahan udang ini akan pulih seperti sediakala barulah bubu ini akan dapat digunakan. Bubu ini amat sesuai digunakan di kawasan sungai  kerana terdapat beberapa spesis ikan yang sesuai ditangkap menggunakan bubu ini.









        

Selasa, 16 September 2014

JEJAK USAHAWAN (Taman Lokan Berwajah Baru)

Baru-baru ini, Pegawai Daerah Alor Gajah memberitahu beliau yang peruntukan yang dipohon telah diluluskan dan hanya menunggu masa untuk projek dijalankan di Taman Lokan. Alhamdulillah Pak Zainal telah mendapat peruntukan daripada Parlimen Masjid Tanah untuk tambahan projek prasarana di Taman Lokan berbentuk tandas awam, dorm, tempat pembakar untuk lokan dan lain-lain dalam anggaran RM20 ribu.

Pak Zainal juga berusaha menceriakan Taman Lokan seperti mengecat, menambahkan bendera dan menambahkan kemudahan seperti jambatan dan tangga untuk memudahkan pengunjung berada di Taman Lokan. Beliau juga membela siput di Taman Lokan.


Pak Zainal mengecat untuk menceriakan Taman Lokan.
Pak Zainal mengali tanah di Taman Lokan.
Serpihan batu dan tembikar yang dijumpai Pak Zainal.


Pak Zainal menunujukkan serpihan batu yang ditemui beliau
semasa menggali di Taman Lokan.


Serpihan batu yang mungkin berusia puluhan tahun.
Pak Zainal juga membela siput di Taman Lokan.

Taman Lokan mempunyai jambatan untuk memudahkan pengunjung melihat
lebih dekat Lokan dan siput.
Pak Zaina berusaha menghiasakan Taman Lokan milik beliau.
Keadaan Taman Lokan ketika air pasang.
Taman Lokan dihiasi dengan bendera Malaysia.
Keadaan disekitar Taman Lokan.
Tangga di Taman Lokan yang dihiasi dengan lokan-lokan.

Keadaan di Taman Lokan sekarang.












Jumaat, 12 September 2014

Kembara Merdeka

Pak Zainal bukan sahaja mempunyai kepakaran dalam bidang ternakan lokan serta mempunyai Taman Lokan, beliau juga mempunyai idea yang kreatif seperti membuat replika bendera berasaskan kulit lokan di Sekolah Ramuan China Besar.

Baru-baru ini, beliau bersama-sama kolej komuniti Masjid Tanah untuk sama-sama mengecat dan mengubah suai reptika bendera-bendera yang ada di kawasan luar sekolah kerana tiap-tiap tahun replika bendera tersebut akan diperhias semasa hari kemerdekaan.


Replika yang dihias oleh Pak Zainal bersama-sama pihak
Kolej Komuniti Masjid Tanah.

Pak Zainal bersama replika yang diperbuat dari kulit lokan
serta kulit tiram.

Replika tersebut turut menceriakan dan menjadi tarikan
di Sekolah Ramuan China Besar.

Pengawal keselamatan Sekolah Ramuan China Besar bergambar
dihadapan sekolah.

Surat permohonan Pak zainal untuk memohon peruntukan
kepada YB Masjid Tanah.

Gambar semasa menceriakan replika bersama pihak Kolej Komuniti
Masjid Tanah.

Keadaan dihadapan Sekolah Kebangsaan Ramuan China Besar.

Kulit lokan menjadi tarikan disekolah ini.

Keadaan dihadapan sekolah yang dihiasi dengan bendera.

Rabu, 27 Ogos 2014

Kursus Jurumudi Khas untuk Bot Pelancong


 Antara kenangan Pak Zainal dan rakan - rakan ketika menghadiri Kursus Persediaan Mualim < 500 GT ( Terhad ) daripada 16 Ogos hingga 19 Ogos di Hotel Emperor, Melaka. Kursus ini merupakan anjuran Bahagian Pembangunan Masyarakat dan Pertubuhan Nelayan - Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia dan Jabatan Laut Malaysia.